suria

Ditinggalkan ketika usia 9 tahun, ibu mendiang Goo Hara tetap terima 40 peratus harta peninggalan

Goo Hara memiliki pelbagai hartanah di Korea Selatan.

IBU mendiang Goo Hara akhirnya menerima 40 peratus daripada harta peninggalan penyanyi yang meninggal dunia pada November 2019 itu.

Seperti dipetik Soompi, Mahkamah Keluarga Gwangju di Korea Selatan menetapkan bapa mendiang memperolehi 60 peratus harta keseluruhan selebriti terkenal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan ketika umur 9 tahun, ibu tiba-tiba muncul tuntut harta Goo Hara di mahkamah

Sebelum ini, sengketa perebutan harta tercetus selepas abang mendiang iaitu Goo Ha In menentang tuntutan ibunya terhadap harta peninggalan itu.

Goo Ha In mendakwa wanita itu tidak berhak ke atas harta mendiang kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu sejak Goo Hara berusia sembilan tahun.



Goo Hara ditemui mati di kediamannya pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 40 peratus berbanding tuntutan awal 50 peratus.

Keputusan itu diambil kira hakim mengikut pertimbangan bahawa ayah mendiang membesarkan puterinya bersendirian selama 12 tahun.

Selama itu, wanita berkenaan tidak mengunjungi anaknya.

Goo Hara dikenali memiliki pelbagai hartanah.

Bekas anggota kumpulan Kara itu ditemui mati di kediamannya di Seoul pada 24 November tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain