suria

Ariana Grande bertunang dengan ejen hartanah selepas hampir setahun bercinta

Ariana memuat naik gambar cincin pertunangan di Instagram.

PENYANYI Ariana Grande mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasih, Dalton Gomez yang merupakan seorang ejen hartanah pada Isnin.

Seperti dipetik E! Online, Ariana, 27, menunjukkan sebentuk cincin berlian sebagai bukti tanda ikatan pasangan itu.

Pasangan itu mengambil keputusan tersebut selepas hampir setahun menjalinkan hubungan istimewa.

Mereka secara terbuka berkongsikan kisah cinta sejak Mei lalu selepas Ariana turut menampilkan Dalton dalam muzik video lagunya, Stuck With U.

Khabar gembira mengenai pasangan itu turut mendapat perhatian beberapa rakan selebriti lain yang menitipkan ucapan tahniah antaranya, Demi Lovato, Kim Kardashian dan Hailey Bieber.

Ariana sebelum ini dilihat agak keberatan untuk berkongsikan kisah cinta selepas pernah beberapa kali melalui kegagalan dalam hubungan sebelum ini.

Dia sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Pete Davidson pada 2018 namun hubungan itu terlerai lima bulan selepas itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain