suria

Katie Holmes sah bercinta dengan cef, kekasih beri ucapan romantik sempena ulang tahun kelahiran

Katie Holmes dan teman lelakinya, Emilio Vitolo Jr.

JIKA pada Sabtu bekas suaminya, Tom Cruise dikatakan bercinta dengan pelakon gandingannya dalam Mission: Impossible 7, Hayley Atwell, kini Katie Holmes pula disahkan menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang cef dikenali sebagai Emilio Vitolo Jr.

Pendedahan itu dibuat oleh cef tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik satu entri dedikasi khas sempena ulang tahun kelahiran ke-42 Katie yang disambut Jumaat lalu.

"Seorang yang sangat mengagumkan, baik dan menawan. Saya akan tersenyum setiap kali menatap wajah awak, selamat ulang tahun kelahiran, saya cintakan awak," tulis Emilio.

Emilio mendedikasikan ucapan ulang tahun kelahiran Katie di Instagramnya.

Pasangan ini mula dilihat berpacaran sejak Ogos lalu namun tiada sebarang pengesahan yang keluar daripada mulut Katie mengenai hal tersebut.

Katie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tom pada 2006 namun disahkan bercerai pada Jun 2012.

Hasil perkahwinan, Katie dan Tom mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Suri yang kini berusia 14 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain