suria

Sentiasa jaga solat antara sebab Aurel Hermansyah pilih Atta Halilintar sebagai bakal suami

Majlis pernikahan Aurel dan Atta dijangka akan diadakan sekitar awal tahun hadapan.

PASTI ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan majlis pernikahan YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar dengan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Memetik laporan Liputan6, Aurel mendedahkan tiga perkara yang membuatkan dia berasa yakin dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Atta.

Menurut Aurel, Atta seorang lelaki yang mampu mengubahnya tanpa paksaan selain sentiasa menjaga solat dan berani bertemu dengan bapanya meminta izin untuk berkahwin.

"Dia seorang lelaki yang boleh mengubah saya menjadi lebih tanpa perlu paksaan. Selain itu, dia juga bagus dalam soal agama dan sentiasa menjaga solat.

"Saya tak pernah bertemu dengan seorang lelaki yang gentleman meminta izin dengan bapa saya secara berdepan dan tindakannya itu membuatkan saya yakin dia serius dengan hubungan kami," kata Aurel.

Sebelum ini, Aurel memberitahu dia sudah melakukan persiapan perkahwinan dan mahu mengadakan acara sempena menjelang majlisnya pada setiap bulan sepanjang setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain