SELEPAS selebriti Son Ye Jin dan Hyun Bin disahkan bercinta, aktres tersebut akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan di laman sosial miliknya. Son Ye Jin berkata dia tidak menyangka buat pertama kali semua peminat lebih ingin mengetahui kisah peribadi berbanding kerjanya. Biarpun berasa malu dan kekok, namun Son Ye Jin tetap meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang yang baik seperti Hyun Bin dan berjanji akan menjaga hubungan mereka dengan kasih sayang. "Nampaknya buat pertama kali anda semua lebih tahu berita mengenai kehidupan peribadi saya berbanding berita melibatkan kerja. Saya terfikir... kenapa saya berasa sangat malu. Son Ye Jin dan Hyun Bin bercinta sejak lapan bulan lalu. "Ya... nampaknya begitulah (hubungan cinta). Saya tak pasti apa yang perlu saya cakap tapi saya rasa, sekurang-kurangnya saya perlu katakan sesuatu kepada anda semua. "Ia seperti agak kekok dan pelik... saya bersyukur dapat bertemu dengan seseorang yang baik dan saya akan berusaha untuk menjaga hubungan ini dengan kasih sayang. "Sokongan dan sayang yang anda berikan, saya akan sentiasa simpan dalam hati saya. Saya harap akan ada lebih banyak benda baik berlaku pada tahun ini. Jaga diri," kata Son Ye Jin. Pasangan pelakon siri Crash Landing on You itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap sejak lapan bulan lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!