SELEPAS lebih tiga bulan selamat melahirkan anak sulung, penyanyi Nicki Minaj akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya buat tatapan umum, pada Sabtu. Menerusi laman Instagramnya, Nicki atau nama sebenarnya, Onika Tanya Maraj-Petty, 39, memuat naik gambar bayi yang diberi gelaran, Papa Bear. Penyanyi Starships itu selamat melahirkan anak lelaki itu pada 30 September tahun lalu. Sehingga kini, Nicki dan suami, rapper Kenneth Petty tidak pernah mendedahkan nama sebenar anak mereka. Dalam satu program bual bicara kendaliannya, Queen Radio, Nicki secara berseloroh mendedahkan dia hampir meletakkan nama Ninja untuk puteranya itu. Menurut Nicki lagi, bergelar seorang ibu adalah perkara paling terindah pernah berlaku dalam kehidupannya selama ini. Nicki dan Kenneth berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu. - Elle Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!