PELAKON Lee Jong Suk secara rasmi sudah menamatkan latihan ketenteraan wajib selama dua tahun, pada Sabtu. Pelakon siri Pinocchio itu memulakan latihan ketenteraan pada Mac 2019. Walau bagaimanapun disebabkan kecederaan kaki yang pernah dialaminya akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 16 tahun, Jong Suk hanya diberikan tugas di bahagian pentadbiran pejabat. Sebaik tamat latihan, Jong Suk akan kembali aktif dalam bidang seni. Terbaharu, aktor berusia 32 tahun itu akan kembali ke set penggambaran filem terbitan Netflix, The Witch: Part 2. Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Jong Suk berkata dia sudah tidak sabar untuk kembali memulakan kerjaya seninya itu. "Saya sudah kembali," katanya yang mula aktif berlakon sejak 2012. - Allkpop Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!