suria

Seminggu sakit misteri di pergelangan tangan, Nia Ramadhani terpaksa jalani pembedahan - “Doakan saya sihat dan tiada apa-apa”

Nia selamat menjalani pembedahan pada pergelangan tangan.

SETELAH seminggu menahan kesakitan pada bahagian pergelangan tangan, pelakon Nia Ramadhani memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Menurut laporan DetikHot, Nia berkongsi mengenai penyakitnya itu semasa temubual dalam program Nyonya Boss yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Kata Nia, dia tidak mengetahui punca dan penyebab kesakitannya sehinggalah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

"Saya ke hospital untuk pemeriksaan pada bahagian tangan selepas lebih seminggu terasa sakit di belakang pergelangan tangan.



Nia ketika mendapatkan rawatan doktor baru-baru ini.

"Saya tak pasti apa penyebab kesakitan ini, jadi lebih baik saya periksa dengan doktor. Doakan ya mudah-mudahan saya sihat dan tidak apa-apa," katanya yang turut memaklumkan pembedahan sudah dilakukan baru-baru ini.

Sementara itu, Nia berkata doktor memaklumkan dia mengalami masalah pada tulang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan kesakitan berpanjangan.

Malah, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini berkata keadaan kesihatannya semakin baik selepas menerima rawatan itu.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, Ardi Bakrie yang setia menemaninya sepanjang mendapatkan rawatan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain