suria

Jual dua rumah elak riba... Irwansyah, Zaskia Sungkar bina kediaman tanpa hutang

Irwansyah memantau kerja-kerja pengubahsuaian sebelum berpindah masuk ke rumah baharu.

PASANGAN pelakon Irwansyah dan Zaskia Sungkar teruja apabila kediaman mewah yang dibina hampir siap dan boleh diduduki tidak lama lagi.

Menurut laporan KapanLagi, Zaskia meluahkan rasa syukur kerana impian mereka untuk memiliki kediaman tanpa hutang tercapai selepas beberapa tahun menabung.

Lebih membanggakan apabila hartanah itu dibina tanpa mana-mana pinjaman dan bebas riba.

"MasyaAllah... rumah untuk baby dan pejabat kami, ini konsep yang direka oleh Irwan dan saya sendiri.

"Bermula dari perjuangan menabung dan membeli tanah lima tahun lalu... tapi duit tak cukup untuk bina rumah, jadi kami putuskan untuk jual dua rumah sebelum ini.

"Kita bina rumah ini kerana kami mahu belajar untuk tidak ada pinjaman riba," katanya menerusi Instagram pada Isnin lalu.



Rumah baharu Irwansyah dibina tanpa pinjaman bank.

Bersama kapsyen itu, Zaskia turut berkongsi beberapa keping foto keadaan rumah baharunya yang masih lagi dalam proses pengubahsuaian.

Pada September tahun lalu, pasangan ini menjual dua unit apartment milik mereka yang terletak di Permata Hijau dan Pakubuwono, Indonesia.

Mereka mengambil keputusan menjual kediaman itu kerana mahu membina rumah di atas tanah yang dibeli sejak lima tahun lalu.

Zaskia berkata dia terpaksa menjual dua unit kediaman itu sebagai modal untuk membina rumah baharu kerana enggan terbabit dengan pinjaman kewangan yang mendorong riba.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain