SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-49 pada Ahad, pelakon Hrithik Roshan mengumumkan dia akan bergandingan dengan aktres Deepika Padukone buat pertama kali menerusi filem terbaharu berjudul Fighter. Memetik laporan Hindustantimes, aktor Bollywood terkenal itu berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik status di laman Twitter miliknya. Malah, Deepika turut memuat naik status meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk bekerjasama dengan Hrithik akhirnya ditunaikan oleh pengarah terkenal iaitu Siddharth Anand. "Impian saya benar-benar menjadi kenyataan," tulis Deepika. Rata-rata peminat mereka turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan dua nama besar dalam industri Bollywood bergabung dalam filem tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!