AHLI kumpulan MOMOLAND iaitu Nancy berdepan kejadian memalukan apabila fotonya sedang menukar pakaian dalam bilik persalinan tersebar di media sosial, baru-baru ini. Menurut laporan Koreaboo, foto itu dipercayai dirakam kamera tersembunyi semasa dia mengacarakan program Asia Artist Awards 2019 di Vietnam, tahun lalu. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak pengurusannya iaitu MLD Entertainment yang turut memberitahu foto itu telah disunting sebelum disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab. “Foto Nancy yang dimanipulasi secara tanpa kebenaran baru-baru ini tersebar meluas di media sosial. “Nancy menjadi mangsa apabila fotonya dirakam dan disebar begitu pantas. Orang pertama yang akan kita lindungi adalah Nancy, ” kata wakil agensi. Koreaboo turut melaporkan tindakan tidak bermoral itu dipercayai dilakukan oleh seorang staf agensi tersebut. Dalam perkembangan lain, MLD berkata mereka akan bekerjasama dengan polis bagi mengesan individu yang mengambil dan menyebarkan foto berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!