suria

Han So Hee dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di set penggambaran

Han So Hee hanya alami kecederaan ringan.

PELAKON Han So Hee dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan semasa menjayakan penggambaran babak aksi.

Menurut laporan Soompi, Han So Hee tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menjalani penggambaran drama terbaharu, Undercover.

Aktres cantik ini dimaklumkan mengalami beberapa kecederaan ringan selepas kakinya terpelecok dan jatuh.

Pihak pengurusan Han So Hee iaitu 9ato Entertainment mengesahkan mengenai berita tersebut dan memaklumkan artis naungan mereka itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Han So Hee mengalami kecederaan ringan semasa penggambaran drama aksi, demi keselamatannya, penggambaran dihentikan.

"Dia dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kecederaan itu. Han So Hee akan berehat sehingga pulih.

"Keadaan kesihatannya tidak serius dan peminat tidak perlu berasa bimbang kerana semuanya baik-baik sahaja," kata pihak pengurusan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain