PELAKON Priyanka Chopra, 39, tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata biarpun usia perkahwinannya dengan penyanyi Nick Jonas sudah memasuki tahun kedua pada Disember lalu. Menurut Priyanka, sekarang dia lebih memberikan fokus terhadap kerjaya seni lebih-lebih lagi filem terbaharunya, The White Tiger kini baharu sahaja ditayangkan di saluran Netflix minggu lalu. "Memang dalam sesi temu bual bersama media sebelum ini saya ada cakap nak timang anak seramai yang mungkin, kalau boleh seramai pasukan kriket. "Itu adalah kenyataan saya beberapa tahun lalu, kalau boleh sekarang kami ingin mengikut sahaja apa yang direncanakan Tuhan. Kalau sampai masanya, adalah nanti. "Jangan beri tekanan kepada kami, lebih baik beri sokongan terhadap filem saya yang baru keluar," kata Priyanka berseloroh. Priyanka turut menyatakan dia dan Nick tidak kesunyian kerana mereka turut memiliki tiga anjing peliharaan iaitu Diana, Gino dan Panda yang sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. Priyanka dan Nick, 29, berkahwin pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India. - The Hindustan Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!