suria

Hadiah paling bermakna! Judika terima motosikal idaman daripada isteri sempena hari kekasih

Judika teruja terima hadiah istimewa daripada isteri.

PENYANYI Judika teruja apabila menerima hadiah istimewa daripada isteri tersayang bersempena sambutan hari kekasih tahun ini.

Menerusi laporan Tribunnews, isteri Judika iaitu Duma Riris Silalahi menghadiahkan sebuah motosikal besar yang menjadi idaman penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti ini.

"Saya dibelikan motosikal besar, motor impianku!" kata Judika pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Duma Riris berkata Judika sudah lama mengimpikan untuk memiliki motosikal tersebut.

Justeru itu, dia berpendapat sambutan Valentine kali ini merupakan waktu paling sesuai untuk merealisasikan impian suaminya itu.

"Dah lama dia minta hadiah itu, tapi saya yang tak beria mengenai permintaannya itu.

"Memandangkan dia agak sibuk, sebelum hari kekasih kami meraikannya terlebih dahulu," ujarnya.

Judika dan Duma Riris Silalahi berkahwin di Sumatera Utara, Indonesia pada 31 Ogos 2013.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cleo Deora Boru Sihotang dan Judeo Volante Sihotang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain