PENYANYI Justin Timberlake, 40, akhirnya tampil memohon maaf terhadap bekas teman wanitanya, penyanyi Britney Spears susulan penyiaran dokumentari mengenai Britney, Framing Britney Spears yang ditayangkan baru-baru ini. Selepas menonton dokumentari itu, kebanyakan netizen mengkritik Justin yang disifatkan telah memalukan Britney, 40, secara terang-terangan di mata umum. ARTIKEL BERKAITAN: Rahsiakan kehamilan isteri, rupa-rupanya Justin Timberlake dah timang cahaya mata kedua Selepas mereka putus cinta, Justin secara terbuka mendedahkan kepada sebuah stesen radio yang mereka pernah tidur bersama sepanjang berhubungan walaupun Britney sebelum ini telah berikrar ingin menjaga kesucian dirinya sehingga selepas bernikah. "Saya minta maaf di atas perbuatan saya yang telah mencetuskan masalah (kepada Britney). "Saya benar-benar menyesali perkara itu sebab Britney merupakan antara individu yang pernah saya sayang dan hormati. Saya tahu saya telah gagal (dalam melindunginya)," kata Justin. Justin dan Britney mula bercinta pada 1999 ketika kedua-duanya sedang meniti puncak populariti. Mereka bagaimanapun berpisah pada 2002. Bekas anggota kumpulan N'sync itu menuduh Britney curang dengannya malah turut 'mengejek' bekas kekasihnya itu dengan menggunakan model iras Britney dalam muzik video lagu nyanyiannya, Cry Me A River selepas mereka berpisah. - BBC Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!