suria

BTS bergelar artis Kpop pertama muncul dalam MTV: Unplugged

BTS bakal muncul buat persembahan dalam MTV: Unplugged.

KUMPULAN fenomena Kpop, BTS terus melebarkan pengaruh mereka apabila muncul satu-satunya artis Kpop pertama yang pernah tampil dalam program popular, MTV: Unplugged.

MTV: Unplugged yang diterbitkan oleh produksi dari Amerika Syarikat, MTV bakal menyiarkan persembahan BTS pada 23 Februari ini (24 Februari waktu Malaysia) yang akan ditayangkan serentak di kebanyakan negara seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju dipakai BTS dalam MV Dynamite catat bidaan paling tinggi RM655,187 untuk majlis amal

"Pada 23 Februari ini, Jin, Suga, RM, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook akan berikan persembahan bertenaga langsung dari Seoul, Korea Selatan," kata MTV.

Sebelum ini, hanya beberapa artis ternama dunia sahaja seperti Nirvana, Eric Clapton, Sting, Oasis dan Mariah Carey yang pernah diberi peluang untuk menjayakan siri MTV: Unplugged.

Selain diberi kesempatan membuat persembahan dalam MTV: Unplugged, BTS turut mencipta sejarah apabila bergelar penyanyi Kpop pertama tercalon dalam anugerah muzik berprestij dunia, Grammy.

Mereka tercalon dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik menerusi single Inggeris pertama mereka, Dynamite.

Anugerah Grammy ke-63 akan berlangsung pada 14 Mac ini. - The Korea Herald

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, MTV:Unplugged, Anugerah Grammy,

Artikel Lain