SELEPAS mengambil keputusan untuk membatalkan pernikahan pada saat-saat akhir, penyanyi terkenal Ayu Ting Ting tetap mendoakan yang baik-baik untuk bekas kekasihnya iaitu Aditya Jayusman. Ayu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya memberitahu dia dan Aditya tidak lagi berhubung antara satu sama lain selepas memutuskan untuk berpisah. Biarpun hasratnya untuk berkahwin musnah, namun Ayu yang juga seorang pelakon tetap menganggap apa yang terjadi merupakan takdir yang sudah tertulis dan bersyukur dapat belajar banyak perkara. "Saya berharap dia baik-baik sahaja dan semoga sentiasa diberkati serta dalam lindungan Allah. Hubungan kami sekarang sudah tamat dan tidak lagi berhubung satu sama lain. Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja. "Tak apa yang perlu disesali sebab semua yang terjadi sudah kehendak Allah. Jadi, saya berasa bersyukur dapat belajar banyak perkara dan apa yang terjadi, ada hikmahnya juga," kata Ayu. Pada 4 Februari lalu, Ayu mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan majlis pernikahannya dengan Aditya yang sudah siap seratus peratus dibatalkan pada saat-saat akhir. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!