suria

Puji Song Joong Ki nampak lebih matang, Kim Tae Ri akui filem 'Space Sweepers' beri tekanan

Kim Tae Ri akui dia berasa tertekan memikirkan tentang kejayaan filem Space Sweepers.

BERGANDINGAN menerusi filem Space Sweepers, pelakon Kim Tae Ri memuji aktor Song Joong Ki yang dilihat lebih matang biarpun usia mereka tidak jauh beza.

Memetik laporan Soompi, Kim Tae Ri memberitahu Song Joong Ki seorang yang mudah bergaul dengan orang dan menganggap karekter aktor itu sememangnya sesuai dengan watak sebagai kapten.

"Walaupun tiada perbezaan usia antara kami, dia benar-benar nampak lebih matang. Ketika saya melihat dia bergaul dengan semua orang dengan baik, saya fikir dia adalah orang hebat yang sesuai dengan watak sebagai kapten," katanya.

Dalam pada itu, Kim Tae Ri mengakui biarpun filem tersebut memberi tekanan kepadanya namun dia sudah memberikan yang terbaik dalam lakonannya.

"Untuk filem ini, saya berasa lebih tekanan. Saya mula rasa bimbang tentang kejayaan filem ini dan tertanya-tanya kenapa saya diterima untuk berlakon.

"Tapi sekarang bukan waktu untuk berasa bimbang tentang tekanan itu, saya lebih fokus kepada apa yang saya lakukan sekarang di mana saya sudah lakukan yang terbaik dalam filem itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain