LEBIH terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi, penyanyi Agnez Mo mendedahkan pengacara dan pelakon Deddy Corbuzier merupakan kekasih pertamanya. Memetik laporan Liputan6, Agnez ketika menjadi tetamu program bual bicara bersama Deddy memberitahu hubungan cinta mereka terjalin selama hampir tiga tahun. Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Matahari ini turut berkongsi mengenai pengalaman pertama dia dikecewakan oleh seorang penyanyi sebelum mengenali Deddy. "Pernah la bercinta selama hampir tiga tahun. Saya tak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa sebelum kenal Deddy. Tapi waktu itu, saya rapat dengan seorang penyanyi. "Ketika itu, saya masih belajar dan tiba-tiba saya dapat tahu lelaki itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih lain. Itu kali pertama saya patah hati," kata Agnez. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!