BUKAN mudah untuk menjadi seorang ibu yang mempunyai kerjaya dan dalam pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak serta suami. Berkongsi mengenai perkara itu, pelakon Kajol memberitahu tiada wanita yang mampu menjadi ibu yang sempurna namun mereka tetap melaksanakan tanggungjawab menguruskan keluarga dengan baik. "Kita bukan ibu yang sempurna. Tapi ibu seperti manusia yang luar biasa. Mereka buat sarapan, makan malam, kemas rumah, hantar anak-anak ke sekolah dan pergi kerja. "Mereka juga menguruskan kehidupan sendiri dan suami tapi mampu lakukan dengan penuh kasih sayang, tenang dan sentiasa bersabar," kata Kajol. Kajol mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ajay Devgan pada 1999 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nysa dan Yug Devgan. Sumber - timesofindia. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!