suria

Baru umum bertunang, Paris Hilton dah luah hasrat tak sabar bergelar ibu - “Kami sentiasa bincang sejak mula bercinta”

Paris Hilton tak sabar nak bina keluarga bersama tunangnya, Carter Reum.

BAHARU mengumumkan pertunangannya pada minggu lalu, sosialit terkenal Paris Hilton meluahkan hasratnya yang sudah tidak sabar untuk membina keluarga bersama tunang, Carter Reum, 41, yang merupakan seorang usahawan.

Menurut Paris, dia sudah bersedia untuk memegang status sebagai seorang isteri dan ibu dalam masa terdekat.

"Ia adalah suatu perkara yang kami sentiasa bincangkan sejak mula bercinta. Pertama sekali, perkahwinan kami dan kemudian nak timang cahaya mata (secepat mungkin)," katanya.

Paris dilamar tunangnya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 17 Februari lalu.

Sementara itu, Paris juga berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil nama keluarga Carter untuk diabadikan pada namanya selepas mereka berkahwin kelak.

"Saya akan guna nama keluarga Carter, tapi saya rasa nak gabungkannya dengan nama keluarga saya menjadi Paris Hilton-Reum sebab saya juga sukakan nama saya," katanya.

Bulan lalu, Paris turut membuat pendedahan bahawa dia sudah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam mempermudahkan usahanya untuk mendapatkan cahaya mata. - JustJared

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain