suria

Selepas kejayaan Blackpink, kumpulan Kpop wanita baharu iaitu TRI.BE pula mahu gegar dunia

TR.BE dianggotai oleh tujuh ahli kumpulan berbakat besar.

SELEPAS kejayaan beberapa kumpulan Kpop wanita seperti Blackpink, Twice dan Red Velvet, syarikat rakaman Universal Music Group turut memperkenalkan girl group pertama mereka diberi nama TRI.BE.

TRI.BE dianggotai oleh tujuh ahli iaitu Songsun, Jinha, Hyunbin, Soeun, Kelly, Jia dan Mire tampil dengan album debut mereka berjudul TRI.BE Da Loca pada Isnin.

Ia mengandungi dua single iaitu DOOM DOOM Ta dan Loca.

Istimewanya ahli kumpulan ini mereka boleh bertutur dan menyanyi dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, dan Korea.

TRI.BE mahu jadi kumpulan Kpop wanita terunggul tahun ini.

Single utama DOOM DOOM TA menggabungkan genre Afrobeat dan Moombahton dengan alur universal dan korus yang mantap membawa semangat kesejatian dan pemerkasaan diri.

Kumpulan ini juga mempersembahkan video muzik yang berwarna-warni untuk lagu itu yang memperlihatkan keperibadian mereka yang sebenar.

Rentak bertenaga dalam lagu Loca sebagai pengenalan mereka mengumumkan kemunculan pertama.

Nama TRI.BE berasal dari gabungan kata segitiga yang menandakan bentuk paling sempurna mengarah ke slogan ‘Kita Sempurna Seadanya’.

Kumpulan ini menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan keyakinan diri dan konsep utama mereka, Girl Swag.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain