suria

Daft Punk bubar! Ikon EDM umum bersara selepas 28 tahun

Daft Punk tidak pernah mendedahkan wajah sebenar mereka.

DUO muzik popular Perancis, Daft Punk akhirnya memgambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas hampir 30 tahun terlibat dalam bidang seni.

Kumpulan dianggotai oleh Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan antara perintis muzik tarian elektronik (EDM) yang kini menjadi trend di seluruh dunia.

Persaraan duo itu diumumkan oleh wakil jurucakap mereka iaitu Kathryn Frazier.

Daft Punk cukup dikenali kerana tidak pernah mendedahkan wajah sebenar kerana bersembunyi di sebalik helmet.

Gambar pada 2013 ketika Daft Punk hadir di Grand Prix Formula Satu Monaco di Circuit de Monaco di Monte Carlo. - AFP

Sepanjang pembabitan, Daft Punk popular dengan lagu hits seperti One More time, Get Lucky dan Harder, Better, Faster, Stronger.

Duo ini juga pernah memenangi trofi Anugerah Grammy sebanyak enam kali sepanjang kerjaya mereka.

Anugerah Grammy pertama dimenangi mereka ialah pada tahun 2007 menerusi kategori Lagu Elektronik Terbaik untuk lagu Harder, Better, Faster, Stronger serta Album Elektronik Terbaik untuk album Alive 2007.

Selain itu, kejayaan paling besar pernah diraih mereka ialah apabila memenangi Album Terbaik Grammy 2014 menerusi album Random Access Memories serta Lagu Terbaik menerusi single popular mereka, Get Lucky yang turut menampilkan rapper terkenal, Pharrell. - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain