suria

Ariel Noah tak cukup masa nak bercinta, takut lukakan wanita - “Kalau waktu tak boleh disusun dengan baik, akhirnya gagal juga”

Ariel sibuk menguruskan banyak perkara membuatkan dia tiada masa fikir soal cinta.

SEJAK berpisah dengan pelakon Sophia Latjuba sekitar 2018, penyanyi Ariel Noah kini lebih selesa tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

Memetik laporan Liputan6, Ariel memberitahu kesibukan menguruskan banyak perkara membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta buat masa sekarang.

Biarpun mempunyai keinginan untuk bercinta lagi, namun Ariel akui dia berasa bimbang sekiranya percintaan itu gagal disebabkan masalah masa yang tidak dapat disusun dengan baik.

"Kalau dahulu, kerja saya hanya menyanyi sahaja dan ada masa untuk bercinta. Tapi sekarang, selain nyanyian... ada banyak perkara yang saya perlukan uruskan.

"Jadi, disebabkan kesibukan menguruskan banyak perkara, saya tak ada masa untuk memikirkan soal cinta. Kalau masa tak boleh disusun dengan baik, akhirnya gagal juga (percintaan).

"Sudah tentu saya mahu bercinta lagi tapi mungkin belum tiba waktu yang sesuai," kata Ariel.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain