suria

Kanye West akhirnya tanggal cincin kahwin, pertama kali selepas Kim Kardashian fail cerai

Kim failkan penceraian dan tuntut hak penjagaan bersama empat anak mereka. Foto: refinery29.com

PENYANYI rap Kanye West dilihat tidak lagi menyarungkan cincin perkahwinan selepas isterinya yang juga bintang sensasi, Kim Kardashian secara rasmi memfailkan perceraian minggu lalu.

Berdasarkan foto terbaharu yang dikongsi portal Page Six, tiada lagi cincin di jari Kanye, sekaligus menguatkan lagi spekulasi hubungan rumah tangga mereka telah berakhir.

Foto itu dirakam semasa Kanye berada di Yeezy Academy di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Kanye hadir ditemani anaknya, Psalm West yang baru berusia setahun dan diiringi oleh pengawal peribadi.

Kali terakhir penyanyi lagu Follow God ini dilihat menyarungkan cincin kahwin adalah pada minggu lalu.

Terdahulu, bintang Keeping Up With The Kardashians itu memfailkan perceraian di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berdasarkan dokumen perceraian difailkan menerusi peguamnya, Laura Wesser, Kardashian dilaporkan turut memohon hak penjagaan bersama empat cahaya mata, North, 7; Saint, 5; Chicago, 3; dan Psalm, 1, selain bersetuju untuk membahagikan harta sepencarian.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pasangan berkenaan.

SUMBER: ETonline

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain