suria

Justin Bieber harap album baru jadi ‘ubat’ - “Kita tidak berseorangan dalam berdepan cabaran hidup”

Album terbaharu Justin Bieber berjudul Justice akan berada di pasaran pada 19 Mac ini.

PENYANYI Justin Bieber mengumumkan di Instagram album studio keenamnya, Justice bakal berada di pasaran bermula 19 Mac ini.

Album itu bakal mengandungi lagu hit, Holy kolaborasinya bersama penyanyi rap, Chance the Rapper serta single Lonely dan Anyone yang kesemuanya masih lagi menduduki senarai Top 40 Carta Lagu Billboard.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu obses dengan isteri, Justin Bieber harap hidup sampai tua bersama Hailey

"Dengan keadaan dunia yang semakin 'tenat', kita perlukan kesembuhan serta keadilan untuk semua manusia.

"Disebabkan itu, menerusi album ini saya harap ia dapat berikan perasaan kesembuhan itu yang mana orang ramai boleh dapat hubungkan dalam kehidupan seharian mereka.

"Muzik boleh menjadi penyatuan kepada kita semua untuk saling mengingatkan yang kita tidak berseorangan dalam berdepan cabaran hidup," katanya.

Sepanjang kerjayanya, suami kepada model Hailey Baldwin Bieber ini telah tampil dengan lima buah album studio iaitu Changes yang diterbitkan pada tahun 2020, Purpose (2015), Believe (2012), Under the Mistletoe (2011) dan My World 2.0 (2010). - Billboard

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain