suria

Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat bertunang, acara lamaran disiar secara langsung di TV Indonesia

Aurel dan Atta bakal diijab kabulkan pada 21 Mac ini. FOTO: RCTI

ANAK kepada penyanyi Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bergelar tunangan kepada kekasihnya, Atta Halilintar dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI.

Majlis pertunangan Aurel dan Atta, 27, berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta dengan dihadiri seramai 70 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

"Saya Muhammad Attamimi Halilintar ke sini untuk melamar anak Bapak Anang, Ibu Ashanty dan Mimi KD (Kris Dayanti).

"Saya secara peribadinya mempunyai banyak kekurangan, semoga lamaran saya diterima," ucap Atta dalam majlis pertunangannya.

Aurel, 23, juga melahirkan rasa bersyukur majlis pertunangan mereka berjalan lancar.

Pasangan itu sama-sama bergaya sedondon berbusana tradisional berona ungu lembut.

Pasangan bahagia ini bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 3 April ini.

Aurel merupakan anak Kris Dayanti bersama bekas suaminya, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain