HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Jennifer Lopez dengan tunangnya, Alex Rodriguez dilaporkan sudah berakhir. Menurut sumber terdekat, pasangan itu dikatakan sudah berpisah sejak beberapa minggu lalu. "Mereka nekad untuk berpisah dan tidak mungkin akan bersatu kembali," kata sumber tersebut. Pasangan ini kali terakhir dilihat bersama pada bulan lalu di Republik Dominica, di mana Alex menemani Jennifer, 52, yang sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya di negara itu. Khamis lalu, penyanyi On The Floor itu memuat naik sebuah video memperlihatkan dirinya sedang bergembira dengan menulis kapsyen,"Cari sesuatu yang baik untuk buat anda gembira hari ini". Alex, 46, yang merupakan bekas pemain baseball profesional melamar Jennifer di Bahamas pada Mac 2019 selepas dua tahun mereka bercinta. - CNN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!