GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan hangat netizen di negara seberang. Rata-rata media Indonesia memantau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut. Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gosip membabitkan bekas suaminya itu dengan Nabila, 37. ARTIKEL BERKAITAN: Engku Emran tutup komen IG, refleksi wajah Noor Nabila dalam kereta petunjuk sedang hangat bercinta Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu. "Teman-temanku... selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati. Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan netizen Indonesia. "Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini," tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut. Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut. Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram. Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga. Laudya berkahwin dengan Engku Emran atau nama sebenarnya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia. Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!