BEKAS ahli kumpulan Sabyan iaitu Anisa Rahman berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sudah hamil anak pertama. Menurut laporan DetikHot, Anisa berkata kurniaan rezeki zuriat itu merupakan hadiah terindah bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun. "Alhamdulillah hadiah terindah di usia 26 tahun, sekarang saya sudah hamil sembilan minggu... benar-benar hadiah dan rezeki yang luar biasa buat kami berdua," tulisnya menerusi Instagram pada Khamis. Anisa kongsi berita gembira di Instagram. Dalam hantaran yang sama, Anisa turut memohon orang ramai mendoakan semoga proses kehamilannya dipermudahkan. Anisa Rahman berkahwin dengan jejaka dari Malaysia iaitu Hussein Ali pada Mac 2020. Mereka mendirikan rumah tangga selepas mengenali antara satu sama lain dalam tempoh singkat. Hussein merupakan salah seorang peminat Anisa dan pertemuan mereka itu berlaku tanpa sengaja ketika dia berada di Indonesia. Selepas keluar daripada kumpulan Sabyan, Anisa meneruskan kerjaya seni secara solo dan sempat melancarkan dua single tahun lalu dan lagu nyanyian semula berjudul Aisyah isteri Rasulullah menjadi tular di kedua-dua negara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!