PENYANYI Bruno Mars diberikan peluang untuk mengadakan persembahan di Anugerah Grammy ke-63 yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Penganjur Anugerah Grammy, Recording Academy memberikan maklum balas terhadap surat terbuka yang ditulis oleh Bruno di laman Twitternya yang merayu untuk diberikan peluang mengadakan persembahan bersama kumpulan muzik terbaharunya, Silk Sonic yang ditubuhkan bersama penyanyi Anderson .Paak. ARTIKEL BERKAITAN: Bruno Mars buat surat terbuka, rayu diberi peluang buat persembahan di Grammy Awards "Kami cuba menghubungi anda sepanjang minggu ini. Bruno, adakah awak sudah menukar nombor telefon? "Kami sangat berbesar hati untuk Silk Sonic mengadakan persembahan sulung mereka di Anugerah Grammy. "Adakah anda berkelapangan pada malam Ahad ini? Tolong follow kami semula dan kami akan berikan maklumat lanjut mengenai persembahan tersebut," tulis Recording Academy di laman Twitter rasmi mereka. Pada Isnin lalu, Recording Academy telah mengumumkan senarai barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam anugerah muzik berprestij itu nanti antaranya seperti Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion, John Mayer dan kumpulan Kpop, BTS. - CNN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!