suria

Cita Citata sedih tak dapat jumpa peminat, akui pendapatan kurang kerana pandemik Covid-19

Cita Citata tak puas buat persembahan secara maya. Foto: Detik.com

PENULARAN wabak Covid-19 memberi kesan kepada banyak sektor pekerjaan termasuklah penyanyi yang bergantung pendapatan hasil persembahan nyanyian.

Salah seorang selebriti yang terkesan ialah penyanyi dangdut Indonesia, Cita Citata yang mengakui tiada jemputan nyanyian sepanjang setahun dunia berdepan pandemik ini.

"Kebiasannya 100 peratus (undangan nyanyian) tapi sekarang cuma lima peratus sahaja, jadi dalam dua bulan sekali ada la tapi itu pun secara virtual.

"Cara maya ini tak efisien... saya juga agak sedih kerana terlalu rindu namanya konsert, bertemu dengan penonton, peminat dan pencinta muzik tanah air," katanya.

Dalam pada itu, Cita berkata dia perlu memikirkan cara lain bagi menjana pendapatan dan membiayai kos hidup serta membayar gaji pekerjanya.

"Ya saya cuba kerja lain termasuklah menyanyi untuk drama kerana harus berusaha dengan apa yang kita ada," ujarnya.

Sementara itu, Cita menyokong usaha para seniman yang menggesa Presiden Joko Widodo membenarkan perayaan Hari Muzik Nasional dan berharap ia memberikan kebaikan untuk semua.

"Semoga keluhan itu didengari dan Pak Presiden melihat bahawanya kita semua sedang berjuang bukan untuk diri sendiri tetapi kita menjadi penghibur," katanya.

SUMBER: DetikHot

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain