suria

Bekas tunang Ariana Grande, Pete Davidson kini bercinta dengan pelakon 'Bridgerton' Phoebe Dynevor pula

Pete dan Phoebe dilihat meluangkan masa bersama di NYC dan England.

PELAWAK Pete Davidson dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon drama siri popular Bridgerton iaitu Phoebe Dynevor.

Memetik laporan Hollywoodlife, Pete dan Phoebe juga dilihat menghabiskan masa bersama di New York City serta England baru-baru ini.

Sebelum ini, Pete dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan model Kaia Geber namun hanya bertahan tiga bulan dan berpisah pada Januari lalu.

Pete juga pernah bercinta dengan pelakon Once Upon A Time In Hollywood iaitu Margaret Qualley sekitar 2019 dan turut menjalinkan hubungan dengan Kate Beckinsale yang hanya bertahan tiga bulan.

Sebelum Pete menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti, dia juga pernah mengikat tali pertunangan dengan Ariana pada May 2018 dan berpisah pada Oktober tahun yang sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain