suria

Tujuh bulan di set penggambaran 'True Beauty' ajar Moon Ga Young banyak perkara, minta peminat tonton drama lama jika rindu

Moon Ga Young letakkan kepecayaan sepenuhnya pada diri untuk terus maju dalam karier seni.

PELAKON Moon Ga Young mengakui kejayaannya dalam bidang lakonan disebabkan meletakkan sepenuhnya kepecayaan dalam diri sendiri.

Memetik laporan Soompi, Moon Ga Young juga turut memberitahu dia dapat belajar banyak perkara tentang dunia lakonan sepanjang tujuh bulan jalani penggambaran drama siri popular True Beauty.

Malah, pelakon berusia 25 tahun ini berkata dia akan berasa gembira jika penonton melihat semula lakonannya dalam karya sebelum ini hanya kerana ingin mengingati dirinya.

"Saya rasa dengan mempunyai kepercayaan sepenuhnya kepada diri sendiri merupakan faktor terbesar yang menjadikan saya terus maju dalam karier lakonan. Saya belajar banyak perkara selama tujuh bulan jalani penggambaran True Beauty.

"Saya mahu pemikiran dan perasaan yang saya rasakan setiap tahun dapat difahami dalam filemografi saya. Saya harap seperti mana emosi saya berubah bergantung pada usia, penjiwaan saya itu akan dapat disampaikan dengan baik. "

"Saya rasa, saya akan menyukainya sekiranya penonton menonton semula projek lama saya kerana mereka ingin mengingati diri saya atau melihat Moon Ga Young dari era tertentu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain