suria

Ifan Seventeen pernah berhasrat mahu berhenti menyanyi, tukar fikiran selepas bertemu Virgoun

Ifan batal hasrat undur diri selepas bertemu rakan penyanyi, Virgoun.

VOKALIS kumpulan Seventeen, Ifan mendedahkan dia pernah berhasrat mengundurkan diri daripada industri seni selepas kehilangan isteri dan ahli kumpulannya dalam bencana tsunami di Tanjung Lesung, Indonesia pada 2018.

Ifan bagaimanapun berkata niatnya itu terbatal selepas pertemuan dengan Virgoun ketika mengerjakan ibadah Umrah.

“Semuanya berubah selepas Virgoun kata kepada saya... kamu harus menyanyi lagi! Bukan masalah solo atau bersama band tapi kena bekerja lagi, ” ceritanya.

Teringat pesanan Virgoun itu, Ifan berkata dia lebih bersemangat untuk kembali bangkit.

Lebih-lebih lagi, kumpulan itu mempunyai ramai kru yang perlu meneruskan kerja bagi menyara keluarga.

Tidak mahu terus mengenang kisah lama, Ifan kemudiannya melancarkan lagu ciptaan David Noah berjudul Masih Harus Di Sini bagi memperingati kejadian tsunami itu.

Pada 22 Disember 2018. isterinya iaitu Dylan Sahara meninggal dunia akibat maut dalam tragedi tsunami yang melanda Selat Sunda.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

SUMBER: Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain