suria

Akhirnya Atta Halilintar sah jadi suami Aurel Hermansyah... Presiden Jokowi jadi saksi nikah

TAHNIAH... Aurel Hermansyah kini milik Atta Halilintar.

ANAK perempuan penyanyi Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar pada Sabtu.

Memetik Liputan6, upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat bertunang, acara lamaran disiar secara langsung di TV Indonesia

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Aurel yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

Dalam majlis itu, Atta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 (Rupiah 342,021) serta alat kelengkapan solat buat isteri tercinta.

Jokowi jadi saksi pernikahan Atta dan Aurel. FOTO: RCTI

Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi turut menjadi salah seorang saksi pernikahan Aurel dan Atta selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Majlis pernikahan Aurel, 23, dan Atta, 27, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI.

Gambar pertama yang dikongsikan Atta di Instagram selepas Aurel selamat menjadi isterinya.

Aurel dan Atta menggayakan busana pengantin berwarna putih dan kedua--duanya turut menggenakan alat pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Pasangan itu terlebih dahulu bertunang pada 13 Mac lalu di Hotel Intercontinental, Jakarta.

Aurel merupakan anak sulung Kris hasil perkahwinan bersama bekas suami, Anang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain