suria

Perkahwinan didakwa goyah! Nathalie Holscher sudah keluar rumah, Sule kunci mulut mohon doa

Perkahwinan selebriti ini dilaporkan sedang goyah dan berdepan masalah.

KONTROVERSI membabitkan rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia, Sule dan Nathalie Holscher terus menjadi perbualan hangat peminat.

Memilih untuk terus mengunci mulut, Sule atau nama sebenar Sutisna, 44, berkata masalah rumah tangganya dengan isteri adalah hal peribadi dan tidak perlu dikongsi kepada umum.

Menurut laporan DetikHot, Sule enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut, namun mengakui Nathalie sudah meninggalkan rumahnya.

"Ada tak ya? Dah tak ada rasanya, ” jawab Sule mengenai khabar angin isterinya itu keluar dan meninggalkan rumah.

"Kan saya masa itu di Bandung, macam ini la, hal keluarga bukan untuk paparan umum ya, jadi saya tak boleh nak komen. Apa pun terjadi doakan yang terbaik.

"Ya sudah cuba perbaiki (hubungan). Itu sahaja... saya tak mahu cakap! Terima kasih ya," katanya ketika ditemui para media di kediaman mewahnya yang terletak di Jawa Barat.

Hal keluarga bukan untuk paparan umum ya, jadi saya tak boleh nak komen.

SULE

PELAKON DAN PELAWAK INDONESIA

Sebelum itu media tempatan melaporkan bekas disc jockey (DJ) itu kini tinggal bersama neneknya, Hetty Holscher.

Hetty mendedahkan ini bukan kali pertama Nathalie keluar dari rumah Sule.

Dia pernah melakukan tindakan yang sama pada Februari lalu.

"Ini sudah kali kedua, maaf ya saya buka cerita. Saya dah banyak bercakap, buat apa nak sembunyikan," katanya pada Selasa.

Sejak awal bulan lalu, kisah rumah tangga pasangan ini menjadi perbualan hangat netizen apabila Nathalie dilihat memadam foto suami di Instagram.

Malah, dia turut memuat naik luahan hati dan video menangis di Instastory seakan-akan memberi gambaran mengenai status hubungan mereka.

Pelawak Sule mendirikan rumah tangga dengan Nathalie pada 15 November tahun lalu di sebuah restoran Tsama Resto, di Jawa Barat, Bekasi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain