suria

Sudah anggap seperti adik sendiri, Sunmi panggil Chungha dengan gelaran 'Puteri'

Chungha seronok luangkan masa bersama Sunmi ketika sesi fotografi.

HUBUNGAN persahabatan antara penyanyi Sunmi dan Chungha mula terjalin selepas pertama kali bertemu dalam program Weekly Idol.

Memetik laporan Soompi, Chungha mengakui biarpun dia kerap menghubungi Sunmi namun mereka tidak mempunyai masa untuk bertemu disebabkan jadual padat.

Bagaimanapun, Chungha sangat menghargai masa ketika dipertemukan dengan Sunmi dalam sesi fotografi bersama majalah Marie Claire baru-baru ini.

"Kami selalu juga berhubung satu sama lain. Tapi kami tiada masa untuk bertemu sebab masing-masing sibuk. Sebab itu saya anggap bila dapat waktu macam ini (sesi fotografi) sangat berharga.

"Saya dapat aura positif apabila saya bersama Sunmi," kata Chungha.

Dalam pada itu, Sunmi juga memberitahu dia sudah menganggap rakan baiknya itu seperti adik perempuannya sendiri malah gemar memanggil Chungha dengan gelaran puteri.

"Saya mempunyai dua orang adik lelaki, jadi saya selalu mahukan seorang adik perempuan. Sebab itu saya selalu layan Chungha seperti adik saya sendiri.

"Saya selalu panggil dia 'princess'. Sebab dia adalah puteri saya," kata Sunmi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain