suria

Armand Maulana kongsi pengalaman divaksin, tangan jadi lenguh dan mengantuk

Armand Maulana terima suntikan vaksin pada Sabtu lalu.

VOKALIS kumpulan Gigi, Armand Maulana menjadi antara selebriti terawal Indonesia yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di republik tersebut pada Sabtu lalu.

Berkongsikan pengalamannya, Armand, 50, berkata dia berasa mengantuk dan tangannya sedikit lenguh selepas menerima suntikan tersebut.

"Selepas 30 minit disuntik, saya mula berasa sedikit mengantuk dan tangan jadi lenguh-lenguh.

"Kalau kita sudah divaksin, pastinya daya penyembuhan sangat cepat, jadi kenapa tidak untuk divaksin," katanya yang turut mengajak semua peminatnya sama-sama memberikan kerjasama untuk divaksin.

Sementara itu, Armand turut mengingatkan pihak berkaitan agar kru-kru belakang tabir juga diberikan peluang menjadi antara individu terawal di Indonesia untuk diberikan suntikan vaksin.

Menurutnya, sekiranya mereka sudah diberi suntikan, aktiviti kesenian dan kreatif negara itu akan kembali beroperasi seperti biasa tanpa menghadapi sebarang keraguan dalam kalangan mereka.

"Dalam industri muzik misalnya, kita ada kru band, kru belakang tabir, kru penata bunyi yang saya harap dapat divaksin segera.

"Ini kerana sesebuah rancangan muzik itu tidak akan dapat berjalan tanpa mereka... saya harap industri muzik akan kembali rancak seperti sedia kala selepas ini," ujarnya. - Detikhot

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain