suria

Bapa mentua Dian Sastrowardoyo meninggal dunia - “Selamat jalan papa… semoga diterima amal ibadahnya”

Dian kongsi mengenai pemergian bapa mentua di laman Instagram.

BAPA mentua kepada pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo iaitu Adiguna Sutowo meninggal dunia pada pagi Ahad.

Berita sedih itu dikongsi oleh suami Dian iaitu Maulana Indraguna Sutowo menerusi kiriman Whatsapp yang dihantar kepada media.

Menurut laporan Kapanlagi, Adiguna menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jakarta, namun tidak dinyatakan punca kematiannya itu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada petang Ahad mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sementara itu, menerusi Instagram memuat naik hantaran mengenai pemergian bapa mentuanya itu.

“Selamat jalan papa. Semoga dimaafkan kesalahan beliau dan diterima amal ibadahnya, ” tulis Dian.

Adiguna merupakan salah seorang usahawan berjaya dan memiliki sebuah perusahaan di negara berkenaan.

Dian berkahwin dengan Maulana Indraguna Sutowo pada 18 Mei 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain