MENERUSI satu undian yang dijalankan portal hiburan Billboard, ahli kumpulan BTS, Jin menjuarai carta senarai penyanyi yang mahu dilihat berkolaborasi dengan penyanyi terkenal, Taylor Swift. Peminat kedua-dua artis itu ingin melihat impian itu tercapai di masa akan datang memandangkan Jin, 29, sendiri mengakui peminat tegar Taylor. Selain Jin, peminat juga mahu melihat Taylor, 32, bekerjasama dengan rakan baiknya, penyanyi Selena Gomez. Katy Perry, kumpulan Blackpink serta ahli kumpulan One Direction, Niall Horan juga turut disebut-sebut peminat antara kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu untuk bekerjasama dengan Taylor. Taylor sebelum ini pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi terkenal antaranya Ed Sheeran, John Mayer, Jonas Brothers, Brendon Urie, Kendrick Lamar dan Zayn Malik. Jin merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan kpop popular, BTS yang turut dianggotai RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. - Koreaboo Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!