suria

Nikita Mirzani buang tatu, mahu tamatkan zaman janda

Nikita jawab dakwaan bakal tamatkan zaman janda tidak lama lagi. Foto: DetikHot

TINDAKAN pelakon kontroversi Indonesia Nikita Mirzani membuang tatu di beberapa bahagian tubuhnya mengundang spekulasi netizen kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menurut laporan DetikHot, Nikita bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan ia tiada kaitan dengan keputusannya itu.

"Iya, buang tu buang la... kalau buang bukan kerana mahu nikah la! Cuma mahu biar bersihkan tangan sahaja.

"Memang ini (tatu di bahagian tangan) sudah pernah dibuang tapi belum selesai... jadi nak bersihkan lagi kawasan ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Nikita berkata selepas membuang tatu dia dapat merasakan banyak perubahan dalam hidup.

Lebih-lebih lagi fokusnya kini lebih tertumpu kepada tiga orang anaknya.

"Takkan ada tatu baru... kan saya sudah 35 tahun, tak mungkin di dunia hiburan sahaja, saya juga ingin melakukan sesuatu untuk negara," ujarnya.

Ditanya mengenai jodoh, Nikita mengakui mahu segera berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

"Doakan tahun depan ya, saya memang teringin nak kahwin cepat, bosan juga tidur sendiri tak ada yang manja-manja.

"Calonnya ya, tak tahulah mahu pungut di mana, kalau saya kahwin, ya itulah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain