suria

Tampil mohon maaf, Ilhoon mengaku salah guna ganja

Bekas anggota Btob Ilhoon mengaku bersalahh menggunakan dadah kepada hakim mahkamah.

SELEPAS mengaku menyalahguna barang terlarang jenis ganja, bekas anggota kumpulan BtoB iaitu Ilhoon tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi laporan Soompi, Ilhoon atau nama sebenarnya Jung Il-hoon berkata dia berasa menyesal dengan perbuatannya itu.

“Saya rasa sangat menyesal dan saya meminta maaf, ujarnya Ilhoon.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Ilhoon mengaku menggunakan barang terlarang tersebut d ihadapan hakim ketika perbicaraan pertama di Mahkamah Seoul pada Selasa.

Ujar peguam yang mewakili Ilhoon, penyanyi itu mengaku mendapatkan barang terlarang itu secara haram

Dalam masa yang sama, terdapat tujuh orang lain yang didakwa bersamanya dan mengakui semua dakwaan tersebut.

Ilhoon dan defendan lain terlibat dalam kes undang-undang kerana didakwa membeli dan menggunakan barang terlarang jenis ganja seberat 826 gram dengan harga 130 juta won.

Mereka didakwa melakukan aktiviti ini sebanyak 161 kali antara 5 Julai 2016 hingga 9 Januari 2019.

Sebelum kes ini diketahui, dia telah berkhidmat dalam ketenteraan pada Mei 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ilhoon, marijuana, mengaku bersalah

Artikel Lain