suria

Rahsia Jaehyun NCT miliki wajah bersih tanpa jerawat… ini penjelasan pakar kulit!

Pakar kulit dedah rahsia penjagaan wajah Jaehyun NCT.

UMUM mengetahui ramai penyanyi Kpop memiliki kulit sihat dan bersih tanpa sebarang cela, salah seorang ialah ahli kumpulan NCT iaitu Jaehyun.

Menerusi rakaman episod siri Comment Defenders yang dimuat naik disaluran YouTube Ayo, baru-baru ini, pakar kulit iaitu Chan Woo dan Jeong Seon Mi menjawab pertanyaan umum mengenai perawatan kulit selebriti Korea.

Seorang netizen bertanyakan soalan mengenai penjagaan kulit wajah Jaehyun NCT dan meminta pandangan pakar mengenai faktor penyanyi itu memiliki kulit cantik.

"Kulit Jaehyun NCT putih tapi agak merah jambu... katanya tak pernah berjerawat, jadi saya cemburu. Adakah mereka lahir dengan kulit begitu," tanya netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menjawab persoalan itu, Chan Woo menjelaskan penjagaan kulit wajah secara berterusan amat penting.

"Ya sejak lahir dah kena jaga, tapi apa yang lebih penting menjaga kulit wajah secara berterusan.

"Ada yang lahir dengan kulit yang sangat bagus, begitu juga sebaliknya. Apa yang idol lakukan adalah perawatan yang sama diberi kepada orang biasa.

"Rahsianya adalah kamu harus mengeluarkan wang yang banyak seperti dilakukan mereka. Mereka melakukan rawatan sekali atau dua kali seminggu untuk kekalkan kulit cantik," ujarnya.

SUMBER: Wow

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain