suria

Dul Jaelani dah lama pasang niat berhijrah tapi belum mampu lawan godaan

Dul pasang niat berhijrah namun mengakui sukar untuk merealisasikan impiannya itu.

ANAK kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani bakal muncul dalam filem pertama lakonannya berjudul Dear Imamku.

Mengisahkan mengenai pemuda nakal yang ingin berubah, Dul berkata realitinya dia juga memasang niat yang sama iaitu mahu berhijrah dan berubah menjadi individu lebih baik.

Menerusi laporan Tribunnews, Dul bagaimanapun mengakui masih belum mampu merealisasikan impiannya itu kerana sering terhasut dengan godaan syaitan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya teringin jadi seperti watak dalam filem itu, sejujurnya nak sangat berhijrah tapi cuma niatlah... masih belum terlaksana.

"Banyak sangat godaan syaitan, contohnya saya sudah bangun untuk solat tahajud, tapi rasa malas dan sambung tidur semula. Itulah antara dugaannya!" katanya.

Selain Dul Jaelani, filem yang diadaptasi dari novel terkenal ini turut dibintangi oleh kekasihnya, Tissa Biani.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain