suria

Wajah Zac Efron dah berubah, peminat syak suntik botox

Perubahan ketara pada wajah Zac terutama di bahagian bibir dan tulang rahang.

BARU-BARU ini pelakon Zac Efron tampil dalam sebuah video pendek bagi mempromosikan program Earth Day Musical yang dianjurkan oleh personaliti TV, Bill Nye.

Namun yang lebih mendapat perhatian daripada peminatnya ialah penampilan terbaharu Zac atau nama sebenarnya, Zachary Alexander Efron, 34, yang kelihatan pelik daripada sebelum ini.

Rata-rata netizen mengatakan pelakon filem 17 Again ini telah mengambil suntikan filler sehingga menampakkan tulang rahang serta bibirnya semakin melebar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rakaman video itu kemudian pantas tersebar sehingga menjadi trending di Twitter sejak beberapa hari lalu.

Kebanyakan netizen merasakan ia adalah satu perkara sia-sia yang dilakukan Zac memandangkan wajah aslinya kelihatan lebih kacak daripada penampilannya sekarang.

"Apa yang telah dilakukan oleh Zac terhadap tulang rahangnya?

"Sekarang tengah kecoh di Twitter beberapa keping gambar memaparkan wajah buruk Zac yang telah disuntik botox dan filler," tulis netizen. - Pinkvilla

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan