suria

Kunjungan Rain ke sekolah lama dikritik langgar SOP

Rain membuat kunjungan ke sekolah lama untuk kandungan saluran YouTube miliknya.

KUNJUNGAN penyanyi Rain ke sekolah lamanya di Anyang Arts High School, Gyeonggi-do baru-baru ini telah mencetuskan kekecohan apabila dia dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-hoon, 39, kembali melawat sekolahnya itu untuk menjalani penggambaran video saluran YouTube miliknya, Season B Season.

Suami kepada aktres Kim Tae-hee, 41, itu tiba di lokasi berkenaan pada kira-kira waktu tengah hari dan dia telah meminta tiga orang pelajar untuk bersama-sama menyertainya dalam melakukan rondaan di sekolah tersebut.

Menerusi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan, mereka melarang sebarang jenis lawatan di mana-mana premis pendidikan ketika waktu pengajian sedang berlangsung.

Sebaik tiba di sekolah tersebut, lebih 30 pelajar dikatakan telah membanjiri dewan perhimpunan untuk melihat Rain dari jarak dekat sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di kawasan tersebut biarpun para pelajar memakai topeng muka pada ketika itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagi menjawab persoalan yang menjadi pertikaian di kalangan netizen, wakil pihak sekolah tersebut akhirnya tampil memberikan kenyataan bagi menjernihkan keadaan.

"Rain sebelum ini telah menghadiahkan pelajar di sekolah ini dengan 1,000 keping album baharunya.

"Dia kemudiannya datang melawat sekolah lamanya sebagai memenuhi permintaan peminat yang mahukan dia datang sendiri ke tempat ini.

"Pihak sekolah berusaha sedaya upaya memastikan proses rakaman video itu dilakukan ketika waktu pembelajaran sedang berlangsung malah Rain pun kami tempatkan dalam sebuah bilik ketika para pelajar sedang berehat menikmati waktu makan tengah hari.

"Semua cikgu berusaha memastikan kami mengikut SOP Covid-19 yang sebetulnya dengan memantau para pelajar namun ada ketikanya kami tidak dapat mengawal mereka sehingga keadaan menjadi sedikit kelam kabut pada ketika itu," kata wakil tersebut. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain