suria

Akhirnya Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man selepas 11 tahun, mahu fokus pada kesihatan

Peminat setia Running Man pasti akan merindui aksi dan keletah mencuit hati Lee Kwang Soo.

SELEPAS 11 tahun menceriakan penonton setia program Running Man, pelakon Lee Kwang Soo akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan rancangan hiburan paling popular di Korea Selatan itu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi pengurusannya, King Kong by Starship, walaupun berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada program itu namun Kwang Soo, 36, terpaksa demi memikirkan keadaan kesihatan dirinya.

"Kwang Soo tidak akan lagi bersama-sama dengan keluarga SBS Running Man. Program rakaman terakhir melibatkan dirinya akan diadakan pada 24 Mei ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, Kwang Soo masih lagi menjalani rawatan pemulihan dari masa ke semasa.

"Dia merasakan agak sukar untuknya memberikan sepenuh komitmen lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran program ini dan dalam masa yang sama masih mendapatkan rawatan rehabilitasi bagi merawat kecederaannya," kata kenyataan media tersebut.

Kwang Soo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan keretakan di buku lali kaki kanan.

Running Man merupakan program variasi hiburan yang memaparkan aksi lucu ahli-ahlinya seperti Yoo Jae-suk, Haha, Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min dan Yang Se-chan. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain