suria

Kerap bergaduh di awal perkahwinan, Zaskia Sungkar pernah beberapa kali minta cerai dengan Irwansyah

Zaskia dan Irwansyah memperbaiki rumah tangga mereka selepas mempelajari lebih mendalam ilmu agama.

ISTERI kepada selebriti Indonesia terkenal Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar mendedahkan dia dan suaminya kerap bertengkar ketika awal perkahwinan mereka.

Memetik laporan Liputan6, Zaskia juga mengakui dia pernah beberapa kali meluahkan hasrat untuk bercerai disebabkan terlalu kerap bergaduh.

"Saya dengan Irwan kerap bergaduh ketika awal tahun perkahwinan kami. Waktu itu memang teruk, saya sudah mahu bercerai beberapa kali... saya pun tak tahu kenapa," kata Zaskia.

Bagaimanapun selepas Zaskia dan Irwansyah mula memperlajari ilmu agama dengan lebih mendalam, mereka mula memperbaiki rumah tangga mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selepas menunggu lebih 10 tahun, akhirnya rumah tangga pelakon Indonesia, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar diserikan dengan kelahiran seorang bayi lelaki pada 31 Mac lalu.

Pelakon filem Heart itu turut berkongsikan nama putera sulungnya iaitu Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain