suria

Baim Wong bengang 7 bulan ubah suai rumah tak siap-siap

Baim Wong kesal rumahnya lambat disiapkan pihak kontraktor.

PELAKON popular Indonesia, Baim Wong melahirkan perasaan kesal di atas kelewatan pihak kontraktor menyiapkan proses ubah suai kediaman baharunya yang terletak di Jakarta.

Menurut Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim, 40, dia sudah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sebagai pembiayaan untuk tujuan renovasi teratak baharu keluarganya itu.

"Sudah tujuh bulan proses ubah suai dilakukan namun ia masih lagi belum siap. Malah pihak kontraktor minta beri masa lagi setahun untuk diselesaikan sepenuhnya.

"Sekarang saya sudah upah dua orang pekerja untuk memantau perkembangan kontraktor agar segala proses ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelakon filem Layla Majnun itu juga secara berseloroh sempat mengingatkan peminatnya agar membeli rumah sedia ada agar tidak perlu melalui proses renovasi seperti yang dialaminya kini.

"Pening juga ya... untuk kalian yang mahu beli rumah, beli yang memang sudah siap sedia terbina cantik.

"Rumah yang tidak perlu lagi dibaiki... mahal benar kos renovasi (seperti yang dilalui saya)," ujarnya. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baim Wong, pelakon, pelakon Indonesia

Artikel Lain